Sunday, 28 October 2012

APA ITU AURA ?


AURA

Aura merupakan medan tenaga biologi ataupun medan psikik yang menyelubungi (mengelilingi) semua makhluk.

Ia juga boleh dianggap sebagai sebahagian dari fizikal badan manusia.

Saiznya berbeza dari beberapa inci ke beberapa kaki dari semua arah dan merupakan pancaran dari badan kita.

Aura sebenarnya terdiri dari 7 lapisan, di mana lapisan luaran berkaitan dengan jiwa dan roh, manakala lapisan dalaman berkaitan dengan minda, emosi dan kesihatan.

Ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal badan mempengaruhi kekuatan dan saiz aura kita.

Ia juga dipengaruhi oleh unsur luaran dan warna berubah mengikut keadaan mental, emosi dan fizikal seseorang.



7 Lapisan Warna Badan Kita (Anugerah ALLAH yg tak ternilai):

1. UNGU (SEMANGAT, INGATAN & FIKIRAN) - Menjana kesihatan & penyembuhan, awet muda, menjana hormone, memori & tumpuan, penawar toksin dalam otak, mata kanan, migraine, tekanan, trauma, mimpi kronik, kepintaran –sesuai untuk pelajar yang lembab dan pelupa

2. INDIGO (KECERIAAN & KETENANGAN) - Menjana nerveous system, mata kiri, anti bacteria, selsema, sakit tulang muka, sakit telinga, sakit mata, merawat resdung, jerawat & jeragat.

3. BIRU (PERHUBUNGAN DAN PERTUTURAN) - Masalah berkaitan dengan tengkuk, thyroid, tonsil, masalah pertuturan, gagap, gugup, gangguan selera makan, metabolisma tidak seimbang—melancarkan kata-kata, hilang rasa gugup, murung, member tenaga, sesuai untuk pelajar, penceramah, untuk berjumpa dengan orang atasan.

4. HIJAU (KASIH SAYANG & KETENANGAN) - Masalah berkaitan dengan hati, paru-paru, masalah emosi, perasaan kecewa, marah, sedih, masalah pernafasan, payudara, batuk, asma, sakit jantung—Meraih simpati orang, sesuai untuk temuduga, peniaga dan pekerja.

5. KUNING (KEBERANIAN) - Untuk masalah yang berkaitan dengan perut (Ulser perut, gastric, masalah kolestrol, masalah kulit)

6. OREN/JINGGA (KEGHAIRAHAN & POTENSI) - Untuk LELAKI berfungsi untuk kelakian, mati pucuk, masalah kedinginan, kesuburan, prostat dan jangkitan kencing. Untuk WANITA, masalah sakit puan, senggugut, haid tidak teratur, menguatkan tenaga seksual, seri wajah, masalah kedinginan.

7. MERAH (KESEIMBANGAN PEMIKIRAN EGATIF & EMOSI ASAS) - Semua masalah berkaitn dengan darah, urat timbul, buasir, cirit-birit, sembelit, radang usus, kesakitan urat saraf, fizikal— Bahagian kaki ke bawah, luka, gigitan serangga, lenguh-lenguh kaki, kebas, sakit lutut.


MEDAN TENAGA MANUSIA

Mengikut amalan chakra, terdapat pusat-pusat dan aliran tenaga batin dan emosi di seluruh badan manusia.

Aliran tenaga inilah yang mengawal kesihatan badan seseorang.

Sama seperti akupuntur, titik pusat yang berlainan dalam aliran tenaga ini berhubung kait dengan fungsi badan yang berlainan.

Aliran tenaga ini sebenarnya menjelma sebagai suatu medan elektromagnetik ataupun medan tenaga biologi yang mengelilingi seluruh badan manusia.

Wujudnya suatu medan cahaya badan sememangnya telah tercatat dan dipercayai di dalam agama dan budaya yang berlainan di seluruh dunia.

Terdapat banyak lukisan kuno yang menggambarkan nabi, orang suci atau wira dengan lingkaran yang bercahaya di atas kepala.

Kini sudah boleh diterima umum sebagai kenyataan bahawa memang wujud satu medan tenaga yang menyelubungi seluruh badan setiap makhluk.

Medan ini dikenali sebagai aura dan memang telah disahkan melalui kajian saintifik sebagai suatu medan tenaga biologi badan.

Menurut kajian, setiap anggota badan mampu mengeluarkan tenaga yang berlaian.

Gabungan segala medan yang berlainan inilah yang telah membentuk aura seseorang.

Dengan menggunakan ajaran chakra dan akupuntur yang telah diamalkan sejak berkurun yang lalu oleh pengamal-pengamal dahulu kala telah berjaya mengabungkan beberapa teknik dengan amalannya.

Hasilnya sangat berjaya kerana pakar-pakar ini dengan mudah dapat membuat diagnosis keatas fungsi-fungsi anggota badan yang berlainan hanya dengan mengkaji aura seseorang itu.

Seseorang pengendali yang terlatih mampu mengenalpasti kawasan bermasalah seseorang itu hanya dengan mengkaji aura mereka.

Malah, tahap tekanan hidup seseorang itu pun boleh diukur dengan mudah

No comments:

Post a Comment